Monday, 26 September 2016

Novel Aku Menggugat Akhwat dan Ikhwan - Fajar Agustanto

Sebuah tulisan yang benar-benar mengingatkan tentang Tuhan. Setiap inci, setiap detik penceritaan begitu berhikmah, tidak sedikitpun melalaikan. Karya Fajar Agustanto ini tidak mengetengahkn kisah cinta suami isteri, atau poligami semata-mata. Dakwah, jihad, tarbiyah, semuanya bersatu dalam novel ini. Diolah sesuai dengan era terkini, pastinya buku ini sesuai dibaca oleh remaja-remaja, teristimewanya buat muslimah-muslimah di luar sana. Kali ini menceritakan seorang akhwat yang bernama Farah Zahrani, cerita yang berhubungan dengan versi sebelumnya.

Farah Zahrani merupakan seorang muslimah yang dilahirkan dalam keluarga yang berada. Dia gadis yang sungguh bersemangat dalam berdakwah dan berjihad. Farah tetap kekal dengan sifat zuhudnya. Dia tidak pernah berlebih-lebih dalam makanan dan pakaian, meskipun kedua-dua orang tuanya lebih daripada mampu untuk itu semua. Dia juga punyai rasa itsar, sungguh bukan sesuatu yang mudah untuk sebuah pengorbanan. Sungguh, terlalu banyak akhlak terpuji daripada watak Farah ini untuk disebutkan.


Sebuah novel perjuangan dakwah yang di hiasi ketegangan namun berselipkan cinta.

Download Novel Fajar Agustanto - Aku Menggugat Akhwat dan Ikhwan

No comments:

Post a Comment